Sabtu, 31 Disember 2016

Gagasan OKU Muqarrabun


GAGASAN OKU  MUQARRABUN

Gagasan ini dirangka sebagai menyatakan komitmen pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha membangunkan OKU berasaskan potensi dan keupayaan diri individu-individu OKU.

Dalam menjayakan gagasan ini, adalah diiktiraf;

- Memperakui bahawa Allah (s.w.t.) menciptakan OKU sebagai tanda kekuasaan Yang Maha Esa sebagai ujian dan anugerah kepada insan seluruhnya.

- Menerima pakai takrifan OKU yang sedang berkuatkuasa menurut undang-undang sedia ada.

- Memperakui komitmen masyarakat antarabangsa dan serantau dalam hal ehwal OKU selagi mana ja tidak bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang negara yang berkuatkuasa.

Berasaskan penegasan dan perakuan yang dinyatakan di atas, gagasan ini menetapkan;

- Pembangunan OKU haruslah mengambilkira kepelbagaian ketidakupayaan yang ada. Ia haruslah menjadikan perlaksanaan pembangunan OKU itu menjurus kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah (s.w.t.)

- Pembangunan OKU adalah menjadi tanggungjawab seluruh pihak dan segmen masyarakat. 

Dua teras kepada perlaksanaan pembangunan OKU adalah;

- Mengetengahkan OKU kepada masyarakat dengan dicukupkan sistem sokongan yang mampu dan sewajarnya.

- Mendorong masyarakat umum untuk menerima keadaan OKU tanpa sebarang halangan dengan penyertaan yang sepenuhnya.

Bagi menjayakan gagasan ini, haruslah pelan dan tindakan susulan dirangka sesuai  dengan ketetapan dan teras yang dinyatakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan