GAGASAN OKU
MUQARRABUN
Gagasan ini
dirangka sebagai menyatakan komitmen pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha
membangunkan OKU berasaskan potensi dan keupayaan diri individu-individu OKU.
Dalam menjayakan
gagasan ini, adalah diiktiraf;
- Memperakui bahawa
Allah (s.w.t.) menciptakan OKU sebagai tanda kekuasaan Yang Maha Esa sebagai
ujian dan anugerah kepada insan seluruhnya.
- Menerima pakai
takrifan OKU yang sedang berkuatkuasa menurut undang-undang sedia ada.
- Memperakui
komitmen masyarakat antarabangsa dan serantau dalam hal ehwal OKU selagi mana ja
tidak bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang negara yang
berkuatkuasa.
Berasaskan
penegasan dan perakuan yang dinyatakan di atas, gagasan ini menetapkan;
- Pembangunan
OKU haruslah mengambilkira kepelbagaian ketidakupayaan yang ada. Ia haruslah
menjadikan perlaksanaan pembangunan OKU itu menjurus kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah (s.w.t.)
- Pembangunan
OKU adalah menjadi tanggungjawab seluruh pihak dan segmen masyarakat.
Dua teras kepada
perlaksanaan pembangunan OKU adalah;
- Mengetengahkan
OKU kepada masyarakat dengan dicukupkan sistem sokongan yang mampu dan
sewajarnya.
- Mendorong
masyarakat umum untuk menerima keadaan OKU tanpa sebarang halangan dengan
penyertaan yang sepenuhnya.
Bagi menjayakan
gagasan ini, haruslah pelan dan tindakan susulan dirangka sesuai dengan ketetapan dan teras yang dinyatakan.