Pelan Tindakan Oku 2015-2022

PELAN TINDAKAN
ORANG KURANG UPAYA
2015-2022

TERAS STRATEGIK 1:

MENINGKATKAN AKSESIBILITI GOLONGAN OKU

STRATEGI 1:

• Meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup golongan OKU supaya lebih produktif dan inklusif dalam masyarakat.

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI

1: Meningkatkan penyediaan akses kepada persekitaran fizikal di bandar mahupun di luar bandar berkonsepkan reka bentuk sejagat (universal design).

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menubuhkan pasukan audit akses

(b) Menjalankan audit akses dan audit susulan pelaksanaan terhadap kemudahan dalam dan luar bangunan / ruang awam / terminal pengangkutan awam / tempat kerja / kawasan perumahan.

(c) Menyedia dan menambah baik manual audit akses yang menekankan scoring dan rating kepada kemudahan dalam dan luar bangunan / ruang awam / terminal pengangkutan awam / tempat kerja / kawasan perumahan.

(d) Melaksanakan program advokasi / engagement dengan pihak yang bertanggungjawab dalam perancangan dan pembangunan kemudahan dalam dan luar bangunan / ruang awam (kontraktor, arkitek, perancang bandar, pihak berkuasa tempatan, dll.).

(e) Mewujudkan elemen penguatkuasaan perundangan yang memperuntukkan keperluan penyediaan kemudahan dalam dan luar bangunan / ruang awam yang mesra OKU.

(f) Memastikan pemilik premis awam menyediakan kemudahan penunjuk arah (signage) yang jelas dilihat dan dilengkapi dengan braille serta format yang mudah dibaca / difahami oleh OKU.

(g) Mewujudkan star rating bangunan / kemudahan awam mesra OKU

(h) Membangunkan Pelan Induk Aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan / ruang awam mesra OKU di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lengkap dan menyeluruh bagi pelaksanaan berperingkat / berfasa.

OBJEKTIF 2 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan tahap aksesibiliti dan kebolehgunaan (usability) kemudahan pengangkutan awam oleh golongan OKU.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menjalankan audit akses dan audit susulan pelaksanaan ke atas kenderaan pengangkutan awam.

(b) Menambah jumlah perkhidmatan pengangkutan awam (van, bas dan kereta) pintu ke pintu (door to door) bagi kemudahan OKU.

(c) Menyediakan kemudahan pengangkutan awam termasuk kenderaan dan infrastruktur seperti hentian bas dan hab pengangkutan awam yang mesra OKU berkonsepkan reka bentuk sejagat.

(d) Memastikan penyediaan tenaga kerja terlatih dalam membantu pengguna OKU mendapat akses kepada kemudahan pengangkutan awam.

(e) Menyediakan Pelan Induk Aksesibiliti pengangkutan awam mesra OKU yang lengkap dan menyeluruh.

OBJEKTIF 3 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan tahap aksesibiliti golongan OKU kepada maklumat dan komunikasi.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menggalakkan akses OKU kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk penggunaan internet.

(b) Menggalakkan penyediaan dan penyebaran maklumat dan komunikasi dalam format yang dapat diakses dan difahami oleh golongan OKU (termasuk W3C, Braille, audio visual signange).

(c) Memastikan penyediaan lebih banyak kemudahan sokongan dan bantuan kepada OKU (seperti juru bahasa isyarat, audio description dan augmentative alternative communication -AAC) bagi memastikan akses OKU kepada maklumat.

OBJEKTIF 4 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan akses OKU kepada perkhidmatan perbankan dan insurans.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Memastikan penyediaan perkhidmatan perbankan yang mesra OKU antaranya perkhidmatan ATM, pembukaan akaun simpanan dan lain-lain.

(b) Memastikan penyediaan perkhidmatan perlindungan insurans pada kadar yang adil dan sama antara golongan OKU dengan bukan OKU.

TERAS STRATEGIK 2:

MEMPERKASA EKONOMI GOLONGAN OKU

STRATEGI 1:

• Meningkatkan penyertaan golongan OKU dalam pasaran pekerjaan terbuka, inklusif dan boleh diakses bagi membolehkan mereka hidup berdikari dan menyumbang kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 1:

Meningkatkan peluang pekerjaan OKU dalam semua sektor pekerjaan sama ada awam mahupun swasta.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menggalakkan majikan melaksanakan penyesuaian munasabah (reasonable accommodation) berdasarkan konsep universal design bagi menyediakan tempat kerja yang selamat dan mesra OKU.

(b) Menambah baik mekanisme pelaksanaan Dasar 1% Peluang Pekerjaan Kepada OKU di Sektor Awam

(c) Menambah baik mekanisme dari segi perundangan / program bagi menggalakkan lebih ramai OKU menyertai / kembali menyertai sektor pekerjaan.

(d) Meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan perkhidmatan sokongan pekerjaan seperti Job Coach bagi membolehkan golongan OKU mendapat pekerjaan dan kekal dalam pekerjaan.

(e) Menubuhkan pusat rujukan pekerjaan OKU bagi sektor awam / swasta.

• Pusat rujukan setempat peluang pekerjaan

• Pangkalan data / profil OKU

• Kaunseling kerjaya

• Pemantauan dan susulan

OBJEKTIF 2 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan peluang golongan OKU untuk bekerja sendiri (self-employment) dengan menyertai bidang keusahawanan dan program pemerkasaan ekonomi.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menambah baik skim bantuan / geran perniagaan dan pembiayaan mikro kredit bagi menggalakkan lebih ramai OKU memulakan / mengembangkan perniagaan.

(b) Menyediakan pembiayaan kewangan bagi melahirkan usahawan OKU oleh syarikat perbankan.

(c) Menyediakan kursus asas keusahawanan kepada OKU yang hendak menceburi atau mengembangkan lagi perniagaan mereka.

(d) Menambah baik dan memperluaskan pelaksanaan program pemerkasaan ekonomi (EEP) / peningkatan pendapatan OKU di bengkel-bengkel terlindung dan pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) yang terlibat dalam EEP.

OBJEKTIF 3 KEPADA STRATEGI 1:

• Menggalakkan penglibatan OKU dalam latihan vokasional dan lain-lain program sokongan pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan, swasta dan NGO.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Memperkasakan institusi latihan kemahiran dan vokasional bagi meningkatkan kebolehpasaran (marketability) OKU untuk menyertai sektor pekerjaan dengan mengambil kira antaranya:

• Entry Requirement berdasarkan keperluan OKU

• Tenaga pengajar yang bersesuaian dan berkemahiran

• Kemudahan tempat latihan yang berkonsepkan reka bentuk sejagat.

(b) Menambah baik modul latihan vokasional dan lain-lain program sokongan pekerjaan untuk OKU.

(c) Menawarkan latihan atau internship kepada OKU secara attachment di sektor awam / swasta.

TERAS STRATEGIK 3:

MENINGKATKAN AKSES OKU KEPADA PENDIDIKAN

STRATEGI 1:

• Meningkatkan akses golongan OKU kepada pendidikan yang berkualiti dan inklusif di semua peringkat termasuk pendidikan sepanjang hayat ke arah pembangunan modal insan yang berbakat dan berpotensi tinggi.

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan akses OKU khususnya kanak-kanak kepada sistem pendidikan yang saksama seperti anggota masyarakat yang lain.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ibu bapa, pengendali / pengasuh taska / tadika mengenai pengesanan dan intervensi awal kanak-kanak OKU.

(b) Memperluaskan program pendidikan awal kanak-kanak (early education) untuk kanak-kanak kurang upaya.

(c) Memastikan penyertaan penuh kanak-kanak kurang upaya dalam pendidikan peringkat rendah dan menengah (primary dan secondary education).

(d) Memperluaskan program pendidikan inklusif untuk murid-murid kurang upaya.

(e) Meningkat penyertaan OKU dalam pendidikan peringkat lepasan menengah.

(f) Meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada OKU.

(g) Menyediakan Pelan Induk Aksesibiliti kepada Pendidikan bagi golongan OKU yang lengkap dan menyeluruh.

OBJEKTIF 2 KEPADA STRATEGI 1:

• Memperkukuhkan mekanisme perkhidmatan sokongan pendidikan ke arah mewujudkan pendidikan yang berkualiti dan efektif.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Membangunkan instrumen penilaian dan proses saringan tahap kompetensi murid berkeperluan khas bagi tujuan penempatan opsyen persekolahan yang lebih tepat.

(b) Menyediakan dan melaksanakan lebih banyak program kemahiran dan vokasional untuk OKU dalam pendidikan khas.

(c) Menaik taraf infrastruktur, prasarana dan peralatan khas di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) agar mesra OKU berkonsepkan universal design.

(d) Menyediakan perkhidmatan sokongan yang mencukupi dan personnel terlatih / berkemahiran bagi membantu pembelajaran pelajar OKU.

(e) Menyediakan modul latihan mengenai pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas untuk latihan pra perkhidmatan guru.

(f) Memperluaskan program transisi kerjaya atau program pengajian alternatif kepada murid OKU yang tamat pendidikan menengah.

(g) Memberikan insentif / biasiswa kepada pelajar OKU yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari.

(h) Mewujudkan kuota kemasukan pelajar OKU ke peringkat tertiari.

(i) Meningkatkan program penglibatan ibu bapa dan NGO dalam memberi sokongan pendidikan kepada murid-murid OKU.

(j) Menyediakan perkhidmatan sokongan pembelajaran alternatif seperti home schooling bagi pelajar OKU yang diperakui tidak berupaya hadir ke sekolah.

(k) Membangunkan individualised education plan (IEP) untuk setiap kanak-kanak OKU.

(l) Penilaian kemasukan pelajar OKU ke sekolah aliran vokasional dilakukan berdasarkan penilaian kemahiran (sekiranya tidak memenuhi kriteria minima akademik yang telah ditetapkan).

TERAS STRATEGIK 4:

MENINGKATKAN AKSES OKU KEPADA KESIHATAN

STRATEGI 1:

Meningkatkan akses golongan OKU kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang sejahtera.

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan akses OKU kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan:

i) Pengesanan dan intervensi awal khususnya di kalangan kanak-kanak (0 -6 tahun)

ii) “Domiciliary Care” / ”Home Help” OKU yang terlantar di rumah / institusi

(b) Menyediakan perkhidmatan kesihatan dalam komuniti yang mampu diakses oleh golongan OKU.

(c) Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada golongan OKU khususnya wanita kurang upaya.

(d) Menyediakan lebih ramai pengamal perubatan dan personnel perubatan yang terlatih dalam bidang ketidakupayaan.

(e) Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di semua fasiliti kesihatan berkonsepkan universal design.

STRATEGI 2:

• Mengukuh dan memperluaskan akses OKU kepada perkhidmatan / program habilitasi dan rehabilitasi yang lebih komprehensif meliputi aspek kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan sosial bagi menyokong penyertaan secara inklusif golongan OKU dalam masyarakat. OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 2:

Memastikan golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dan sejahtera.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menggalakkan penyediaan latihan / kursus asas dan berterusan (initial and continuing training) kepada para profesional dan personnel yang terlibat dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi.

(b) Meningkatkan keberkesanan dan memperluaskan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk golongan OKU

(c) Memastikan institusi pemulihan OKU (kendalian kerajaan / NGO) mematuhi piawaian dan perundangan / peraturan yang telah ditetapkan.

(d) Memberi latihan kemahiran kepada kakitangan kerajaan / penjaga / ahli keluarga / sukarelawan dan komuniti dalam kemahiran penjagaan, pemulihan dan pengendalian OKU.

TERAS STRATEGIK 5:

MEMPERKUKUHKAN PERKHIDMATAN SOSIAL UNTUK OKU

STRATEGI 1:

• Meningkatkan akses OKU kepada kehidupan berbudaya, rekreasi dan sukan.

OBJEKTIF KEPADA STRATEGI 1:

• Melahirkan warga OKU yang berbakat dan mempunyai potensi tinggi dalam bidang sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menaik taraf dan memperluaskan penyediaan kemudahan dan infrastruktur kebudayaan, kesenian, rekreasi dan sukan yang berkonsepkan universal design.

(b) Melaksanakan aktiviti / program bagi menggilap potensi golongan OKU dalam bidang kebudayaan, kesenian, rekreasi dan sukan.

(c) Memberikan insentif dan pengiktirafan yang saksama kepada OKU yang berbakat dan cemerlang dalam bidang kebudayaan, kesenian, rekreasi dan sukan seperti orang bukan OKU.

(d) Memastikan personel yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada OKU dalam bidang kebudayaan, kesenian, rekreasi dan sukan adalah terlatih dan mempunyai kemahiran dalam mengendalikan OKU (juru latih, sukarelawan, perkhidmatan kaunter dan sebagainya).

STRATEGI 2:

• Meningkatkan lebih banyak peluang kepada golongan OKU untuk memiliki rumah.

OBJEKTIF KEPADA STRATEGI 2:

• Memastikan golongan OKU menikmati kehidupan yang lebih berkualiti sama seperti anggota masyarakat yang lain.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Melaksanakan program pemilikan rumah pertama pada kadar diskaun dan mampu milik untuk golongan OKU.

(b) Menggalakkan penyediaan kawasan perumahan dan unit rumah yang berkonsepkan universal design.

(c) Menyediakan insentif kepada agensi pemaju perumahan untuk menyediakan rumah mesra OKU berkonsepkan universal design

STRATEGI 3:

• Memantapkan mekanisme perlindungan sosial dan perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.

OBJEKTIF KEPADA STRATEGI 3:

• Memastikan golongan OKU menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera dalam masyarakat.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Memperluas dan meningkatkan keberkesanan skim bantuan dan perkhidmatan sokongan sosial sedia ada kepada OKU yang layak dan berkeperluan.

(b) Memperkukuhkan mekanisme penyebaran maklumat mengenai bantuan, perkhidmatan, kemudahan dan program untuk OKU dalam format yang dapat diakses.

(c) Meningkatkan perlindungan sosial, keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada golongan OKU.

(d) Mengukuh dan memperluaskan program respite care / home care / community care untuk OKU.

(e) Menambah baik insentif bagi pembelian alat-alat tiruan dan sokongan (prostetik, ortotik dan peralatan sokongan lain yang bersesuaian) untuk OKU

(f) Melindungi OKU daripada segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas kurang upaya.

TERAS STRATEGIK 6:

MENINGKATKAN PENYERTAAN OKU DALAM PROSES PERANCANGAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

STRATEGI 1:

• Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses politik dan peringkat proses perancangan serta membuat keputusan

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 1:

• Menambah bilangan OKU yang terlibat dalam politik proses perancangan dan membuat keputusan ke atas dasar-dasar negara.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Memastikan perwakilan OKU dalam Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri / Dewan Negara / pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

(b) Memberi advokasi kepada parti politik berhubung penyertaan OKU dalam bidang politik

(c) Meluaskan penglibatan OKU dalam proses perancangan dan penggubalan dasar.

(d) Menggalakkan OKU dalam bidang kehakiman / eksekutif / legislatif / pentadbiran / lain-lain badan pembuat keputusan

OBJEKTIF 2 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan kesedaran dan penglibatan OKU dalam proses pengundian PROGRAM / TINDAKAN

(a) Meningkatkan kesedaran OKU tentang kepentingan mengundi

(b) Memastikan pemilihan tempat yang boleh diakses oleh OKU sebagai pusat mengundi

(c) Menambah baik proses / sistem pengundian supaya dapat diakses oleh pengundi OKU

(d) Memastikan kakitangan / petugas yang terlibat dalam proses pilihanraya dilatih dalam membantu dan mengendalikan pengundi OKU.

TERAS STRATEGIK 7:

MENAMBAHBAIK AKSES OKU DALAM PELAN RISIKO BENCANA

STRATEGI 1:

• Membangunkan pelan dan strategi pengurusan risiko bencana bagi golongan OKU.

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 1:

• Mengurangkan risiko bencana bagi golongan OKU.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menyemak pelan tindakan bencana MKN sedia ada dengan mengambil kira keperluan OKU semasa bencana.

(b) Menyediakan modul latihan pengendalian OKU semasa bencana yang standard dan seragam meliputi bantuan serta sokongan psikososial.

(c) Menyediakan standard operational procedures (SOP) pengendalian OKU semasa menghadapi bencana.

(d) Menyediakan program kesedaran pengurusan risiko bencana OKU kepada masyarakat, pasukan penyelamat dan juga penyedia perkhidmatan / pemilik premis.

OBJEKTIF 2 KEPADA STRATEGI 1:

• Menambah baik akses OKU semasa risiko bencana.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Memastikan aksesibiliti OKU disediakan:

i. Semasa operasi menyelamat;

ii. Di tempat berkumpul selamat / pusat pemindahan sementara.

(b) Menyediakan alat bantuan dan teknologi khusus untuk OKU semasa berlaku bencana.

TERAS STRATEGIK 8:

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

STRATEGI 1:

• Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.

OBJEKTIF1 KEPADA STRATEGI 1:

• Melaksanakan pengumpulan data yang komprehensif mengenai OKU. PROGRAM / TINDAKAN

(a) Mewujudkan pangkalan data dan sistem maklumat OKU yang komprehensif.

(b) Menambah baik direktori penyelidikan dan pemetaan sosial mengenai OKU.

OBJEKTIF2 KEPADA STRATEGI 1:

• Menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan OKU.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menggalakkan penyelidikan berkaitan OKU di kalangan ahli akademik IPT dan institusi penyelidikan.

(b) Menyediakan geran penyelidikan berkenaan pembangunan dan kesejahteraan OKU.

(c) Menyebar luas hasil penyelidikan mengenai OKU.

STRATEGI 2:

• Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU.

OBJEKTIF KEPADA STRATEGI 2:

• Meningkatkan kolaborasi multi-sektoral bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program OKU.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Memantapkan jentera penyelarasan pelaksanaan program OKU.

(b) Menjalankan pemantauan pelaksanaan program OKU.

(c) Menilai keberkesanan, kesesuaian dan impak program, dana serta aktiviti pembangunan dan kesejahteraan OKU.

TERAS STRATEGIK 9:

ADVOKASI

STRATEGI 1:

• Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU.

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 1:

• Meningkatkan kesedaran masyarakat termasuk ahli keluarga berhubung hak OKU.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menjalankan program, forum, dialog, kempen kesedaran dan sebagainya secara menyeluruh di semua peringkat melalui perkongsian pintar

(b) Mengemas kini maklumat mengenai program advokasi OKU di laman web kementerian / agensi.

(c) Mempromosi program OKU melalui media massa dan media sosial.

(d) Memperkukuhkan / meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai OKU melalui Kursus Disability Equality Training (DET) yang dikendalikan oleh OKU.

OBJEKTIF 2 KEPADA STRATEGI 1:

• Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Meningkatkan penglibatan sukarelawan dalam program OKU

(b) Mengiktiraf sumbangan sukarelawan kepada pembangunan dan kesejahteraan OKU

OBJEKTIF 3 KEPADA STRATEGI 1

• Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Melibatkan sektor swasta dalam program pembangunan dan kesejahteraan OKU sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat

(b) Mengiktiraf sektor swasta yang aktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat terhadap pembangunan dan kesejahteraan OKU.

STRATEGI 2:

• Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama serantau dan antarabangsa.

OBJEKTIF 1 KEPADA STRATEGI 2

• Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin di peringkat serantau dan antarabangsa dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan OKU.

PROGRAM / TINDAKAN

• Meningkatkan kerjasama multisektor dan multidisiplin di peringkat serantau dan antarabangsa

TERAS STRATEGIK 10:

KONVENSYEN MENGENAI HAK OKU (CRPD)

PROGRAM / TINDAKAN

(a) Menyemak dan mengkaji semula undang-undang / peraturan / dasar berkenaan hak OKU sedia ada supaya selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak OKU.

(b) Menggubal undang-undang peraturan / dasar baru berkenaan hak OKU.

(c) Mengkaji dan meneliti keperluan menerima pakai (accede) Optional Protocol

Tiada ulasan:

Catat Ulasan