Pelan Tindakan OKU 2008-2014



PELAN TINDAKAN
ORANG KURANG UPAYA
2008-2014

1. ADVOKASI

STRATEGI

Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan

PROGRAM / AKTIVITI

• Mengadakan perkongsian pintar dengan pihak media dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan orang kurang upaya (OKU) untuk menyebar luas maklumat bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.

• Menjalankan program, forum, dialog, kempen kesedaran dan sebagainya secara menyeluruh di semua  peringkat.

• Menyediakan maklumat mengenai program advokasi OKU serta mengemas kini maklumat ini secara berkala.

• Mempromosi penglibatan OKU dalam bidang perniagaan, pekerjaan, kebudayaan, kesenian, sukan dan sebagainya melalui media elektronik dan media cetak.

2. AKSESIBILITI

STRATEGI

(i) Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrierfree) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam

PROGRAM / AKTIVITI

• Menjalankan audit akses ke atas kemudahan di dalam dan luar bangunan, kawasan perumahan serta  ruang awam dan seterusnya melaksanakan tindakan susulan ke atas dapatan / hasil audit berkenaan.

• Menguat kuasa piawaian, peraturan dan undang-undang yang berkaitan penyediaan persekitaran mesra  OKU.

• Menyemak dan mengemas kini piawaian, peraturan dan undangundang sedia ada selaras dengan  keperluan semasa.

STRATEGI

(ii) Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Menggalakkan pengusaha pengangkutan awam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang mesra  OKU.

• Mewujudkan prasarana mesra OKU bagi memudahkan OKU mengakses pengangkutan awam.

• Menggalakkan sektor swasta menyediakan prasarana mesra OKU sebagai tanggunggjawab sosial.

STRATEGI

(iii) Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

PROGRAM / AKTIVITI

• Menggalakkan penyediaan perkhidmatan ICT yang mesra OKU.

• Menggalakkan OKU mendapat akses kepada perkhidmatan ICT.

3. KESIHATAN

STRATEGI

(i) Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care)

PROGRAM / AKTIVITI

• Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan intervensi awal.

• Meningkatkan aksesibiliti kepada perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan intervensi awal di semua peringkat masyarakat.

• Memastikan perkhidmatan di institusi OKU menepati piawaian kesihatan yang ditetapkan.

• Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada OKU.

STRATEGI

ii) Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)

PROGRAM AKTIVITI

• Meningkatkan aksesibiliti OKU kepada perkhidmatan perubatan berkualiti.

4. PEMULIHAN

STRATEGI

(i) Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Memperluaskan program pemulihan termasuk pemulihan dalam komuniti untuk OKU.

• Memantau kualiti institusi pemulihan OKU mematuhi piawaian, peraturan dan undangundang.

• Memberi latihan kemahiran kepada care givers yang terlibat dalam pemulihan OKU.

• Mengkaji dan mengemas kini program pemulihan OKU mengikut keperluan semasa.

STRATEGI

(ii) Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa

PROGRAM / AKTIVITI

• Memperkenalkan program pemulihan baru yang bersesuaian dengan mengambil kira perkembangan semasa.

5. PENDIDIKAN

Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat

PROGRAM / AKTIVITI

• Meningkat dan memperluaskan prasarana serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang mesra OKU.

• Menyediakan perkhidmatan sokongan guru dan sebagainya) bagi pendidikan murid dan pelajar OKU.

• Membangunkan kurikulum alternatif untuk murid yang mengalami ketidakupayaan pancaindera dan intelektual.

• Memperluaskan perkhidmatan program pendidikan awal bagi semua kategori kanak-kanak OKU.

• Memperkenal dan memperluaskan program transisi murid OKU yang tamat pendidikan menengah untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

• Memperkenal dan memperluaskan program pengajian alternatif kepada murid OKU yang tamat pendidikan menengah.

• Memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

• Meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU.

6. PEKERJAAN

STRATEGI

(i) Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan

PROGRAM . AKTIVITI

• Memberi latihan dan kemahiran termasuk On The Job Training kepada OKU berdasarkan keperluan pasaran pekerjaan.

• Memberi pertimbangan khusus kepada calon OKU yang memenuhi syarat untuk lantikan ke perkhidmatan awam dan swasta.

• Menubuhkan Job Placement Committee bagi membantu penempatan kerja OKU.

• Meningkat dan memperluaskan skim insentif bagi menggalakkan penggajian OKU.

• Meningkatkan keberkesanan sistem sokongan (seperti Job Coaching dan sebagainya) bagi membantu OKU dan majikan.

STRATEGI

(ii) Menggalakkan OKU bekerja sendiri (selfemployed) dan berdikari

PROGRAM / AKTIVITI

• Meningkat dan menambah program / latihan khusus untuk membantu OKU bekerja sendiri atau menjadi usahawan, termasuk sistem apprentis ekonomi.

• Menubuhkan unit pemasaran khas untuk mempromosi, memasar dan memantau produk OKU.

• Meningkat keberkesanan skim bantuan / geran pelancaran / pembiayaian mikro kredit bagi membantu OKU menjalankan perniagaan.

7. KESELAMATAN DIRI DAN PERLINDUNGAN SOSIAL

STRATEGI

(i) Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan

PROGRAM / AKTIVITI

• Mendidik OKU, termasuk keluarga dan penjaga, akan hak OKU daripada sebarang bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.

• Membantu OKU, keluarga dan penjaga menangani (overcome) sebarang bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan.

STRATEGI

(ii) Memantapkan perkhidmatan kemudahan kepada OKU yang layak berkeperluan

PROGRAM / AKTIVITI

• Mewujudkan dan menyebar luas maklumat mengenai bantuan, perkhidmatan, kemudahan dan program untuk OKU dalam format yang dapat diakses.

• Memperluas dan meningkatkan keberkesanan skim bantuan dan perkhidmatan sedia ada kepada OKU yang layak dan berkeperluan.

• Memperkenalkan skim bantuan dan perkhidmatan yang baru kepada OKU selaras dengan keperluan semasa.

• Meningkatkan perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerja OKU.

• Meningkat dan memperluaskan skim perlindungan sosial untuk OKU.

8. PERKHIDMATAN SOKONGAN

STRATEGI

(i) Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Meningkatkan keberkesanan program sokongan untuk OKU, penjaga serta sukarelawan.

• Mengukuh dan memperluaskan program-program respite care / home care / community care.

• Memperluaskan perkhidmatan juru bahasa isyarat.

STRATEGI

ii) Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik

PROGRAM . AKTIVITI

• Memberi subsidi kepada OKU yang membeli alat tiruan dan sokongan yang diperlukan.

• Memperkenalkan insentif baru bagi tujuan penghasilan, pengeluaran dan penjualan alatalat tiruan / sokongan OKU.

9. SOSIAL

Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial

PROGRAM / AKTIVITI

• Meningkat dan memperluaskan kemudahan sosial yang mesra OKU.

• Merancang dan melaksana program / aktiviti pembangunan kesenian, kebudayaan, sukan dan sebagainya untuk OKU.

• Menggalakkan penglibatan OKU dalam bidang kebudayaan, kesenian, sukan dan sebagainya.

• Memberi insentif dan pengiktirafan kepada OKU yang berbakat dan cemerlang dalam bidang kebudayaan, kesenian, sukan dan sebagainya.

10. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

STRATEGI

(i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Melatih lebih ramai tenaga mahir dalam aspek pendidikan, pemulihan dan perkhidmatan kepada OKU.

• Melatih ibu bapa, ahli keluarga, sukarelawan, penjaga dan komuniti dalam kemahiran penjagaan, pemulihan dan pengendalian OKU.

• Menyediakan modul kepekaan / sensitization OKU bagi pekerja sosial, pelindung dan mereka yang terlibat dalam pengendalian OKU.

STRATEGI

(ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Memantapkan jaringan antara agensi Kerajaan, sektor swasta dan NGO.

• Memberi latihan kepimpinan dan pengurusan organisasi kepada NGO.

• Menggalakkan OKU melibatkan diri secara aktif dalam Pertubuhan Bantu Diri OKU.

STRATEGI

(iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan

PROGRAM / AKTIVITI

• Melibatkan OKU dalam proses perancangan dan penggubalan dasar, program, aktiviti dan perundangan
berkaitan OKU.

• Menggalakkan perwakilan OKU dalam badan-badan pembuat keputusan.

11. PENGLIBATAN MASYARAKAT

STRATEGI

(i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Menggalakkan program kesukarelawan yang memberi fokus kepada OKU.

• Mengiktiraf sumbangan sukarelawan kepada pembangunan dan kesejahteraan OKU.

STRATEGI

(ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin

PROGRAM / AKTIVITI

• Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan OKU.

STRATEGI

(iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat

PROGRAM / AKTIVITI

• Melibatkan sektor swasta dalam program pembangunan dan kesejahteraan OKU.

• Mengiktiraf sektor swasta yang aktif dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat terhadap pembangunan dan kesejahteraan OKU.

12. PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

STRATEGI

(i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan

PROGRAM / AKTIVITI

• Mewujudkan pangkalan data dan sistem maklumat OKU yang komprehensif.

• Mewujudkan direktori penyelidikan dan pemetaan sosial mengenai OKU.

• Menggalakkan penyelidikan berkaitan OKU di kalangan ahli akademik IPT dan institusi penyelidikan.

• Menyediakan geran penyelidikan berkenaan pembangunan dan kesejahteraan OKU.

• Menyebar luas hasil penyelidikan mengenai OKU.

PROGRAM / AKTIVITI

(ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian programprogram OKU

• Memantapkan jentera penyelarasan pelaksanaan program OKU.

• Menjalankan pemantauan pelaksanaan program OKU.

• Menilai keberkesanan, kesesuaian dan impak program dan aktiviti pembangunan dan kesejahteraan OKU.

13. PERUMAHAN

STRATEGI

(i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran

PROGRAM / AKTIVITI

• Mengadvokasi akan kelebihan penggunaan reka bentuk universal dalam industri perumahan di kalangan arkitek dan pemaju perumahan.

• Menguat kuasa piawaian, peraturan dan undang-undang yang berkaitan penyediaan persekitaran mesra OKU.

STRATEGI

(ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah

• Menggalakkan pemaju perumahan memberi keutamaan dan potongan harga kepada OKU untuk memiliki rumah.

14. KANAK-KANAK OKU

STRATEGI

Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Melibat dan memberi peluang kepada kanak-kanak kurang upaya dalam program pembangunan dan kesejahteraan OKU.

• Memberi peluang kepada kanak-kanak kurang upaya untuk memberi pandangan akan isu-isu yang melibatkan kesejahteraan dan kepentingan mereka.

15. WANITA OKU

STRATEGI

Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU

PROGRAM / AKTIVITI

• Melibat dan memberi peluang kepada wanita kurang upaya dalam program pembangunan dan kesejahteraan OKU.

• Memberi peluang kepada wanita kurang upaya untuk memberi pandangan akan isu-isu yang melibatkan kesejahteraan dan kepentingan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan