MEMORANDUM BANGKIT 2012
Disediakan oleh:
Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012
(BANGKIT 2012*)
17 Mac 2012
*BANGKIT
2012 adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awamdan
orang OKU ke atas hal-hal yang berkaitan dengan OKU.
BANGKIT
2012 diterajui oleh Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak-Hak AsasiManusia
Majlis Peguam
Memorandum
Menuntut Kerajaan Mewujudkan Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta Serta Masyarakat
Yang Cakna dalam Memahami Keperluan, Keupayaan Dan Sumbangan oleh Orang Kurang Upaya
Bermula
berkuatkuasanya Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) pada 7 Julai 2008 adalah
suatu tahap kejayaan yang penting kepada usaha membangunkan Orang Kurang Upaya (OKU)
di Malaysia. Ianya diikuti pula dengan tindakan kerajaan meratifikasikan “Convention
on the Rights of Persons with Disabilities” pada19 Julai 2010.
Wawasan
2020 yang ingin membawa Malaysia
mencapai status negara maju kini kian hampir. Dalam suasana inilah cabaran kepada
pembangunan OKU terus menyaksikan lompang-lompang dalam sistem yang terdiri dari
pemerintah dan rakyat yang perlu mendapat perhatian segera dan sewajarnya. Apatah
lagi cabaran ketujuh Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan mereka
yang selalunya dipinggirkan dan ditindas.
OKU
adalah individu yang hidup dalam sistem masyarakat yang tidak harus dipinggir atau
dilihat terpinggir dalam arus perdana pembangunan. Justeru, hal-hal berikut perlu
dihalusi bagi kesinambungan pembangunan OKU yang lebih lestari:
1.
Pemantapan undang-undang sedia ada bagi menjamin kelangsungan hidup OKU.
(i)
Pindaan perlembagaan bagi memasukkan “tiada diskriminasi berasaskan kecacatan” dalam
Perkara 8 (2) dan 12 (1). Peruntukan asal fasal-fasal tersebut adalah seperti berikut:
Perkara
8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhakmendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(2)
Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan
Persekutuan,
tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama,
ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undangundang atau dalam
pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa
awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan,
pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan
apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
Perkara
12. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh adadiskriminasi
terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama,ras,
keturunan atau tempat lahir :
(a)
dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak
berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajarpelajar atau pembayaran
fi; atau
(b)
dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi
penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi
pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan
sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
(ii)
Meminda Akta OKU 2008 (Akta 685) bagi menyediakan remedi dan hukuman yang sewajarnya
terhadap pihak-pihak yang gagal mematuhi hak-hak yang diberikan kepada OKU.
(iii)
Meratifikasikan sepenuhnya “Convention on the Rights of Persons with Disabilities”
termasuk “Optional Protocol.”
(iv)
Memperkasakan Majlis Kebangsaan OKU yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta OKU
2008 termasuklah penyediaan laporan Majlis yang boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan.
2.
Pendaftaran wajib bagi memastikan dasar dan perancangan kerajaantepat.
Merujuk
kepada World Report on Disability (m/s 53) yang diterbitkan pada tahun 2011 terbitan
bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia (World Bank), dianggarkan
kini 15% daripada penduduk dunia adalah OKU, bukan lagi pada anggaran 10%. Hingga
kini Malaysia
hanya mempunyai seramai 331,661 OKU yang berdaftar. Anggaran 4.2 juta yang ditetapkan
oleh WHO perlu diberi perhatian khusus memandangkan perancangan yang mantap hanya
boleh memberi kesan yang baik dengan data perangkaan yang tepat.
Pendaftaran
wajib boleh dilakukan bagi OKU yang dikenalpasti pada waktu kelahiran. Persoalan
keengganan ibu / bapa atau penjaga untuk mendaftar anak OKU kerana malu dan sebagainya
mesti diatasi demi kepentingan anak yang dilahirkan. Anak tersebut merupakan warganegara
yang berhak menikmati kehidupan yang baik dan ia menjadi tanggungjawab kerajaan
dalam merencanakan pembangunan OKU yang memberi kesan kepada OKU keseluruhannya.
3.
Pencelahan awal dan pembentukan sokongan keluarga, memperkasakan keluarga (family
empowerment).
Tindakan
mencelah termasuk saringan, penaksiran secara kesuluruhan, pemantauan (monitoring),
sokongan keluarga dan perkara-perkara lain yang perlu, seperti merangkumi ujian
pendengaran, penyaringan masalah penglihatan (buta atau kurang penglihatan (low
vision)), penyaringan masalah perkembangan kanakkanak perlu dilakukan pada semua
kelahiran, dan perlu memberi autonomi kepada ahli sains kesihatan (audiologi, optometri,
fisioterapi dan terapi carakerja) untuk menjalankan penyaringan tersebut di hospital/klinik
kesihatan.
Penyaringan
awal membuka ruang untuk menjalankan pencelahan awal oleh ahli sains kesihatan termasuklah
menjalankan terapi di rumah (home-based therapy) yang dapat memberi sokongan dan
pemerkasaan (empowerment) kepada keluarga yang memerlukannya. Untuk menjalankan
pencelahan awal, bilangan ahli terapi perlulah ramai. Kini, pencelahan oleh ahli
terapi hanya didapati di hospital sahaja disebabkan kekurangan golongan terlatih
yang ramai dalam bidang ini. Lebih banyak jawatan untuk bidang fisioterapi, terapi
carakerja, audiologi dan terapi pertuturan (speech therapy) diperlukan di hospital
dan klinik-klinik kesihatan.
Di
samping itu, kelayakan ahli terapi haruslah sekurang-kurangnya berkelulusan Sarjana
Muda. Ini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti untukmasyarakat.
Selain daripada itu, jawatan ahli terapi tidak terhad hanya dalam Kementerian Kesihatan
sahaja. Kini, jawatan “U” hanya untuk sektor kesihatan sahaja. Ini berbeza dengan
situasi di luar negara di mana ahli terapi bukan sahaja berkhidmat di hospital/klinik
kesihatan, malah juga di sekolah, pusat/jabatan kebajikan dan jabatan sumber manusia.
Dengan tiadanya jawatan “U” di sektor lain, maka perkhidmatan terapi untuk OKU hanya
terhad di hospital/klinik-klinik sahaja. Dengan itu, hak OKU untuk mendapat bantuan
tidak tercapai dengan sepenuhnya.
4.
Pendidikan yang menepati keperluan kecacatan.
Adalah
perlu hak pendidikan yang dijamin oleh Akta OKU 2008 diberi perhatian yang sepenuhnya.
Hak pendidikan perlu diadakan untuk semua kategori kecacatan termasuk dan tidak
terhad kepada OKU penglihatan, OKU pendengaran, OKU fizikal, OKU bermasalah pembelajaran,
OKU intelektual dan lain-lain.
Peraturan
3 Peraturan Pendidikan Khas 1997, Akta Pendidikan 1996 yang memperkenalkan “educable”
dan “non educable” perlu dihapuskan.
Latihan
perguruan dalam arus perdana perlu merangkumi dengan lebih meluas sukatan berkaitan
pendidikan khas agar setiap bakal guru tahu dan peka mengenai isu berkaitan pendidikan
bagi OKU.
Dana
yang mencukupi juga perlu bagi memastikan kerajaan dapat membiayai institusi pendidikan
untuk OKU, dan juga untuk menyokong institusi yang disediakan dan diuruskan oleh
badan-badan bukan kerajaan sebagai melengkapi keperluan OKU yang pelbagai.
5.
Kemahiran hidup.
OKU
juga perlu dididik supaya berkebolehan menanamkan dan membangunkan kemahiran-kemahiran
bagi kelangsungan kehidupan sesuai dengan kecacatan yang dialami.
Kemahiran
seperti mobiliti, komunikasi berkesan dan pelbagai lagi merupakan satu kemahiran
asas yang kadangkala tidak didedahkan kepada OKU meskipun diperingkat
pendidikan formal.
6.
Pekerjaan dan sara hidup.
Dasar
1% yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diiringi dengan pelaksanaan yang sebenar.
Sejumlah 1,500 OKU yang berkerja dalam sektor awam masih jauh dari sasaran berbanding
1.4 juta kakitangan awam seluruh negara.
Selama
ini OKU sering menghadapi rintangan yang di luar kemunasabahan dalam mendapatkan
pekerjaan. Tidak cukup dari itu, kakitangan OKU sering diberi tekanan dan penindasan
mental dan psikologi yang berterusan di tempat kerja. Satu garis panduan khas berkaitan
pengambilan OKU sebagai pekerja sehingga tamat perkhidmatan perlu diwujudkan, disebarkan
dan diamalkan sebagai satu keperluan minimum bagi menyokong dasar 1% yang digubal.
Hak
OKU untuk berkerja dan menjalankan perniagaan termasuklah perniagaan kecil dan penjaja
perlu diiktiraf. Perlaksanaan Akta Orang Papa 1977 yang sering menjadikan OKU dikategorikan
sebagai pengemis perlu dihapuskan.
Pemberian
elaun atau insentif kepada OKU perlu mengikut keperluan dan situasi semasa. Kadar
elaun dan insentif yang sedia ada perlu dikaji untuk memberi keselesaan yang lebih
sesuai dan tepat dengan kerperluan OKU.
7.
Cabaran OKU dalam membina keluarga.
Perlu
ada suatu sistem sokongan bagi membantu OKU melestarikan kehidupan berkeluarga.
Amat wajar untuk agensi seperti Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara
(“LPPKN”) memberi perhatian kepada masalah dan cabaran OKU dalam hal tersebut. Sistem
sokongan mestilah sepertimana yang disyorkan oleh WHO. Disebabkan oleh kecacatan,
segolongan OKU mengalami penderaan fizikal dan seksual yang tidak mendapat perhatian
dan sering tidak dibincangkan. Satu badan khas harus ditubuhkan untuk membantu OKU
yang berkeperluan dalam aspek kekeluargaan termasuk dan tidak terhad hanya kepada
kesihatan seksual dan reproduktif (mengikut saranan WHO).
8.
Perumahan.
Majoriti
golongan OKU berkerja secara persendirian dengan kadar pendapatan yang tidak menentu.
Keadaan ini menyukarkan untuk mereka memiliki rumah
kediaman.
Skim perumahan yang sedia ada amat terhad. Apatah lagi kebanyakannya bersifat pemberian
melalui saluran politik yang sering mendatangkan kesulitan kepada OKU.
Skim
perumahan sewa beli perlu diperbanyakkan. Kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan
tanpa mengira fahaman politik perlu diperbaiki. Karenah birokrasi dalam meluluskan
permohonan mestilah diatasi.
Perancangan
perumahan yang rapi mesti direncanakan dengan memastikan kelompok OKU diletakkan
bersama masyarakat bagi membolehkan interaksi antara OKU dan masyarakat berjalan
dengan baik.
9.
Kebolehaksesan ke tempat-tempat dan perkhidmatan awam.
Malaysia
telah mengadakan undang-undang dan peraturan termasuk Uniform Building By-law, Indeks
Reka Bentuk Sejagat (UDI), Standard Malaysia berkaitan akses OKU kepada bangunan
dan persekitaran di luar bangunan, yang memperuntukkan akses kepada OKU dalam bangunan
atau tempat awam.
Namun
OKU masih mengalami pelbagai rintangan dan kesulitan untukkebolehaksesan
lantaran dari kurangnya pelaksanaan oleh pelbagai agensi yangmasih
belum peka kepada undang-undang dan peraturan serta keperluan OKU.
Demikian
juga dalam perkhidmatan pengangkutan awam melalui penggubalan Seksyen 15(r), Akta
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714], Perenggan 4(h) dan Perenggan
7 Pekeliling LPKP Bil. 8 Tahun 2009, OKU masih berhadapan dengan sistem pengangkutan
awam yang tidak mesra OKU. Dalam kebanyakan kes, OKU terpaksa membelanjakan sejumlah
wang yang besar
bagi
mengatasi kesulitan pengangkutan.
10. Penyertaan
OKU dalam membentuk masyarakat.
Kempen
berterusan perlu dilaksanakan bagi mendekatkan OKU kepada masyarakat. Halangan hasil
dari interaksi antara OKU dan masyarakat telah membataskan penyertaan OKU dengan
komuniti setempat. Maklumat berkaitan kebolehan, potensi dan keupayaan OKU mesti
diperbanyakkan di media massa
demi membentuk suatu masyarakat yang terbuka dan boleh disertai oleh golongan OKU.
Selain
itu, pendidikan formal perlu menyediakan sukatan pengajian yang mendedahkan murid-murid
pada peringkat yang paling awal berkaitan keperluan untuk cakna dan prihatin kepada
golongan OKU. Sistem pendidikan yang dapat mendedahkan murid-murid dan para pelajar
kepada masyarakat yang pelbagai akan melahirkan generasi pelapis negara yang berupaya
memahami permasalahan dan keperluan lapisan masyarakat yang bersifat pelbagai pada
masa hadapan.
11. Keperluan
OKU di hari tua.
Peningkatan
taraf kesihatan telah menjadikan jangka hayat seseorang warganegara Malaysia kian panjang.
Golongan OKU tidak terkecuali dari peningkatan ini. Walau bagaimanapun, keupayaan
seseorang OKU akan semakin berkurang bila usia semakin lanjut.
Satu
sistem sokongan mantap harus disediakan bertujuan membantu golongan warga emas OKU.
Perkhidmatan ke rumah dan perkhidmatan talian warga emas adalah antara khidmat sokongan
yang amat diperlukan oleh OKU bila mencecah umur warga emas.
KESIMPULAN
Pembangunan
program OKU perlu dilihat dari dua aspek iaitu OKU sebagai golongan yang dikategorikan
sebagai condong kepada kemiskinan dan program pembangunan OKU sebagai seorang insan
dan warganegara Malaysia.
Justeru, pembangunan OKU perlu ditangani secara lebih menyeluruh dengan meletakkan
tanggungjawab pembangunan OKU di bawah satu portfolio yang melapor terus kepada
Kabinet dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya di bawah satu unit
di dalam jabatan di sesebuah kementerian sahaja.
Pembabitan
OKU seterusnya dalam penyediaan dasar-dasar negara perlu dipertimbangkan termasuklah
memberi peluang kepada OKU menjadi ahli di kedua-dua dewan Parlimen, menjawat jawatan
sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan menganggotai bahagian-bahagian dan badan-badan
kerajaan yang merangka dasar yang lain.
Sikap
“menolong diri” dan cara hidup yang bebas hanya akan berjaya sekiranyaOKU
benar-benar dapat mengambil bahagian secara aktif, mendalam dan meluas dalam proses
“membuat keputusan” di mana-mana isu yang menjadi sebahagian daripada penghidupan
OKU seharian. Tanpa pembabitan OKU secara langsung dalam proses merangka dan menggubal
dasar serta perundangan negara, dalam apa jua bidang, mana mungkin sesuatu yang
baik dan bermakna untuk OKU dapat dihasilkan.
Oleh:
Gerakan
Bersama Kebangkitan OKU 2012
(BANGKIT
2012*)
Tarikh:
17 Mac 2012
*BANGKIT
2012 adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam dan orang OKU
ke atas halhal yang berkaitan dengan OKU. BANGKIT 2012 diterajui oleh Kumpulan Kerja
OKU, Jawatankuasa Hak-Hak Asasi
Manusia Majlis Peguam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan